Followers

06 November 2011

Tutorial Brooch Bunga

Ha, atas permintaan Geng Felt Crafters ni dia tutorial untuk buat bunga ni.
Template adalah dicilok dari blog YOONIE-AT-HOME.<--- Sila Klik.
Di-improvisasikan ikut selera.

a.  kita mulakan dengan menggunting 3 keping size medium tu. Kemudian size besar sekali 1 keping ye, so semuanya jadi 4 keping/layer.  Cucuk jarum berselang-seli kemudian jerutkan.

b.  ulangi proses yang sama tapi jangan jerut sangat ye, kembangkan sikit untuk memudahkan proses mencantum nanti.

c.  yang ni pun sama, jangan jerut ketat.

d.  ini lapisan terakhir yakni yang paling besar kelopak dia... jahit cara yang sama. kemudian amik lapisan ketiga dan cantumkan, kemudian yang kedua, dan akhir sekali lapisan yang paling cinonet (yang 1st kita buat tadi, ) kita ikut urutan terbalik.  Kemudian jahit ketat-ketat dan sambil tu kembang-kembangkan atau pusing-pusingkan supaya dapat efek mekar setaman. (sila abaikan kenapa tiba-tiba bunga tu jadi biru! haha...)


Ini contoh yang dah siap.
Aku jadikan brooch.
Kat tengah tu korang letakler bead ke, butang ke.
Macam yang aku buat ni guna shank button.
Kat belakang tu dah siap-siap dah jahit brooch pin.

So harap korang suka dan dapat mengikuti tunjuk ajar dalam gambarajah tu.

Selamat ber-kraf!






Nota: Jika berminat untuk membeli hasil kraf kami, sila isi borang pesanan (Order Form) yang telah disediakan. Mudah sahaja! ~ TERIMA KASIH ~

No comments:

Chop! Tengok Sini Dulu!

Sila tambah amaun seperti di bawah untuk kos penghantaran.

Semenanjung : RM9
Sabah/Sarawak: RM 7

Thanks love.

Borang Pesanan (Order di sini!)

Name:
Alamat Pos:
No. Telefon
Email Address:
Senarai Order (Letak Kod dan Jumlah Pesanan)
Cara Pembayaran: Maybank2u
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pilihan Pos: Pos Laju
Pos Daftar
Domestic Mail (Pos Biasa)

This online form was provided by Freedback.