Followers

07 August 2011

Kalau Sudi Bilanglah Sudi, Tidak Kami Ternanti-nanti

Hai!

Lama tak update blog ni.  Banyak kerja-kerja nak dibuat di rumah.  Kebetulan nak bertukar bilik tidur dengan si Gabby.  Penat weh kemas-kemas ni habis sehari suntuk kita kerjakan semua tapi tak habis kena sambung minggu depan.

Kerja jahit felt pun boleh tahan jugak, banyak yang belum disiapkan.  Kejar dateline la pulak.  Tapi dalam kejar-kejar tu adalah benda yang aku nak share dan mungkin korang juga ada mengalaminya especially those yang buat bisnes kecil-kecilan menjahit felt ni.

1.  Dulu, pernah jugak terima panggilan telefon bila tengok nombor kat hp oh bukan nombor dalam negeri (Sarawak) nombor dari semenanjung.  Pemanggil ni bersopan jugak, dia siap tanya kalau boleh buat kan pencil bag dan tanya kita dari mana.  Mungkin sebab nak jimatkan kos shipping dia tak jadi order.  Itu tak mengapa.  Perkara kecil saja.

2.  Baru-baru ini aku ada terima email dari seorang budak (berdasarkan cara dia bertanya dan barang-barang yang diminta buatkan).  Selepas berbalas-balas email 9 kali gitu.... banyak kan?? Hahaha.... akhirnya nan-ado nyah!  Iye iye aww je tanya kat aku kalau buat beg ni berapa, buat macam ni berapa, itu ini berapa.... aku jawablah dengan jujur dan ikhlas.

So, adik A kalau ko terbaca blog akak ni dik.. akak tak marah, tapi kalau tak jadi sound jelah tak jadi ye sebab ada banyak order lain menanti dalam barisan.  Tapi kalau adik ni orang suruhan saja nak usha-usha, jadi spy, skodeng harga tolong tengok kat atas sekali tu ha, harga promosi cuma sampai 31 Ogos 2011.  Akak buat murah aje sebab skill akak taklah sehebat Sus tu.  Kalau dah hebat macam tu memang charge mahal sikit ni akak buat semampu akak, dari hati yang tulus, apa adanya.  



Hahaha... macam-macam hal....





Nota: Jika berminat untuk membeli hasil kraf kami, sila isi borang pesanan (Order Form) yang telah disediakan. Mudah sahaja! ~ TERIMA KASIH ~

No comments:

Chop! Tengok Sini Dulu!

Sila tambah amaun seperti di bawah untuk kos penghantaran.

Semenanjung : RM9
Sabah/Sarawak: RM 7

Thanks love.

Borang Pesanan (Order di sini!)

Name:
Alamat Pos:
No. Telefon
Email Address:
Senarai Order (Letak Kod dan Jumlah Pesanan)
Cara Pembayaran: Maybank2u
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pilihan Pos: Pos Laju
Pos Daftar
Domestic Mail (Pos Biasa)

This online form was provided by Freedback.